Selasa, 5 Mac 2013

Sultan Sulu Jamalul Kiram III Enggan Arahkan Pencoroboh Keluar

MANILA, Filipina - Seorang ketua suku kaum Sulu berdarah raja dan beragama Islam yang mendakwa sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III semalam berkata, beliau masih terbuka untuk berbincang dengan pemerintah Filipina walaupun masih berdiri teguh dengan pendirian menolak untuk memberi arahan supaya penyokongnya di Lahad Datu, Sabah keluar tanpa sebarang syarat, lapor portal berita Daily Inquirer semalam.

Namun, sehingga tengah hari semalam, tiada sebarang utusan daripada pentadbiran Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang menghubunginya.
"Sebarang rundingan masih belum terlewat kerana segala-galanya masih terbuka. Pintu rundingan masih berbuka," kata Kiram kepada para wartawan di rumahnya di Bandar Taguig.

Aquino telah menuntut supaya sekumpulan rakyat Filipina di Sabah yang diketuai adik Kiram, Raja Muda Agbimuddin Kiram menyerah diri tanpa syarat.
Tuntutan itu dibuat selepas keadaan di Lahad Datu, Sabah bertambah tegang.

Sementara itu, Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani dalam satu wawancara di sebuah stesen radio berkata, mereka cuba menelefon Agbimuddin tetapi telefonnya hanya berdering sekali.
"Kira-kira pukul 5 pagi kami cuba menelefon beliau (Agbimuddin) tetapi tidak berjawab," kata Idjirani dalam wawancara di stesen radio dzBB semalam.

Sebelum ini, Idjirani pernah berkata, raja muda itu telah berpindah ke lokasi lain untuk meneruskan perjuangan mereka.
"Jika konfrontasi ini berakhir, ia bermakna sama ada raja muda dan pengikut-pengikutnya dibunuh atau ditangkap," ujarnya ketika itu.
Kumpulan bersenjata itu menyeludup masuk ke Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak bulan lalu.
Kesultanan Islam Sulu memajak Borneo Utara (Sabah) kepada kuasa Eropah pada tahun 1870-an.

Selepas kekuasaan kesultanan itu beransur pudar ekoran kemasukan kuasa Barat di rantau berkenaan, ia masih menerima bayaran pajakan untuk Sabah.
Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia pada 1963.
Berdasarkan perjanjian pajakan tersebut, Kesultanan Sulu diberikan pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai semasa.

Pada 26 Februari lalu, Aquino meminta Kiram mengarahkan pengikutnya itu berundur dari bumi Malaysia secepat mungkin.

Beliau memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil ke atas Kiram jika para pengikutnya tidak keluar dari Lahad Datu. -
Read more: http://www.syokdownload.com/2013/03/sultan-sulu-jamalul-kiram-iii-enggan.html#ixzz2MgufPHFu


Sultan Sulu Jamalul Kiram III Enggan Arahkan Pencoroboh Keluar

Sabtu, 2 Mac 2013

sejarah ringkas university al-azhar


Sejarah 1000 Tahun Kegemilangan Al-Azhar

    
      Universiti Al-Azhar As-Syarif merupakan sebuah institusi pendidikan terulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai puast kesarjanaan dan pendidikan.Ia merupakan universiti kedua tertua di dunia selepas Universiti Al-Qarawiyin di Fes, Maghribi.969M merupakan satu tarikh agung bagi Mesir apabila Kaherah dibuka dengan rasminya dan menjadi ibu negara Mesir sehingga kini.Khalifah kerajaan Fatimiyyah iaitu Khalifah Al-Aziz Billah telah berkenan untuk menubuhkan universiti ini.Kerja pembinaan masjid Al-Azhar telah mula dijalankan pada 4 April 970M bersamaan 24 Jamadil Awwal 359H oleh panglima Fatimiyyah, Jauhar As-Saqoli.Pembinaan selesai pada hari Jumaat, 22 Jun 972M/7 Ramadhan 361H dan solat Jumaat pertama telah diadakan pada tarikh tersebut.Pada 378H/988M seorang wali kerajaan Abbasiyyah di Mesir, Ya`kub Bin Kals telah mencadangkan supaya Masjid Al-Azhar dijadikan institusi pengajian.Al-Azhar pada mulanya ialah pusat pengajian bagi mazhab Syiah kerana pemerintah Fatimiyyah pada ketika itu menjadikan Syiah Ismailiyyah sebagai mazhab rasmi negara.
          Akan tetapi setelah Dinasti Ayyubiyah mengambil alih tampuk pemerintahan Mesir, rajanya iaitu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi menukar Al-Azhar menjadi pusat pengajian bagi mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah sehingga menghapuskan ajaran Syiah.Beliau juga telah meneroka ilmu-ilmu naqli seperti tafsir, fiqh, hadis, ilmu kalam, bahasa Arab dan sastera di samping ilmu aqli seperti sejarah, falsafah, perubatan dan lain-lain lagi.
          Al-Azhar telah mengalami banyak perubahan akibat daripada pertukaran kerajaan pemerintah di bumi Mesir serta menyesuaikan diri dengan perubahan dan zaman dan kemaslahatan umat Islam.Kerajaan Uthmaniyyah memerintah Mesir pada 1517M setelah berjaya menewaskan tentera kerajaan Mamalik dalam pertempuran "Maraj Dabik" di Halab, Syria.Sultan Salim telah membawa pulang bersamanya kitab serta ilmu berharga dari Maktabah Jami` Al-Azhar ke pusat pemerintahannya untuk memajukan negaranya.Golongan Basya juga datang dari Turki ke Mesir.Mereka merupakan golongan ulama yang alim serta wara` dan kedatangan mereka menambahkan kemajuan ilmu di Jami` Al-Azhar.
          Pada abad ke-17, Khalifah Uthmaniyyah telah memberikan gelaran As-Syeikh Jami` Al-Azhar iaitu gelaran yang digunakan untuk ketua Jami` Al-Azhar dan masih digunakan sehingga kini.Pada 1961M, Presiden Mesir Jamal Abdul Nasser telah menambah beberapa fakulti ke universiti ini iaitu fakulti perubatan, kejuruteraan dan pertanian serta membuka fakulti untuk wanita Islam.Al-Azhar juga mempunyai maahadnya iaitu Maahad Buuth.Al-Azhar telah berjaya meneruskan kegemilangan Ilmuwan Islam pada zaman Dinasti Mamalik setelah pusat ilmu di kota Baghdad dimusnahkan oleh tentera Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan pada abad ke-13 sehingga zaman kini.Al-Azhar juga berperanan menentang penjajahan Perancis ke atas Mesir (1797-1800) dengan ulamanya membangkitkan semangat jihad rakyat Mesir dan berhasil menewaskan kuffar Perancis.
          Al-Azhar juga telah melahirkan tokoh-tokoh masyhur yang menjadi ilmuwan serta pendokong perjuangan gerakan Islam seperti Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Hassan Al-Banna, Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani dan ramai lagi serta tokoh-tokoh Nusantara seperti Kaum Muda yang membangkitkan idea semangat jihad menentang penjajahan kuffar iaitu Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki, Syeikh Juned Tola, Syeikh Idris Al-Marbawi dan Syeikh Wan Ahmad Pattani.Al-Azhar juga telah melahirkan tokoh-tokoh yang terlibat dalam politik tanah air seperti Wan Mokhtar Ahmad, Dr Zulkifli Muhammad, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ibrahim Mahmud, Dato` Abdul Hamid Othman serta ramai lagi.Tokoh-tokoh lepasan Al-Azhar telah memainkan peranan penting di dalam pembinaan masyarakat, sosio-ekonomi, serta memacu negara menuju ke arah yang lebih baik dan mengikut acuan Islam.
          Berdasarkan kajian, Universiti Al-Azhar mendapat namanya dengan dinisbahkan kepada puteri Rasulullah SAW iaitu Fatimah Az-Zahra semasa pemerintahan kerajaan Fatimiyyah yang juga menggunakan nama puteri Baginda sebagai nama kerajaan.Al-Azhar telah berjaya memberikan jasa dan bakti yang besar kepada Dunia Islam seluruhnya.Pelajar Al-Azhar kini datang dari seluruh pelusuk dunia semata-mata untuk mencedok ilmu agar ia dapat digunakan untuk membangunkan jiwa umat Islam yang kini menghadapi banyak cabaran serta ancaman dari gerakan Sekularisme, Komunisme, Atheisme, Sosialisme, Nasionalisme, Kristianisasi, Orientalisme serta Freemasonry yang tidak berputus asa untuk berusaha meruntuhkan Islam dan menjauhkan Muslim dari agamanya.Semoga seluruh mahasiswa Mesir dapat menjadi sebahagian dari perjuangan untuk mempertahankan Islam.

Isnin, 25 Februari 2013

KERAMAT SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI


SSAKAJ.jpg
Sayyidi Text.jpg

Syeikh Abdul Qadir Jailani adalah seorang Wali Allah yang terkenal, banyak mempunyai keramat. Beliau dilahirkan di Wilayah Tibristan pada tahun 417H. (1078), wafat di Baghdad pada tahun 561 H. (1168 M) Nama lengkapnya Abu Muhammad Muhyiddin Abdul Qadir bin Musa bin Abdullah Al Husna Al-Jailani.


Ketika masih remaja, tahun 488 H., melanjutkan pelajaran ke Baghdad, memperdalam ilmunya, terutama tentang Tasawuf kepada beberapa guru dan Syeikh. Ia menganut mazhab Hanbali. Ilmunya yang sangat menonjol adalah fiqah, komunikasi dan informasi, tekun mempelajari sastera dan hadis. Pada tahun 528 mengajar dan berfatwa di Baghdad.

Seorang orientalis Inggeris, Mary Gelliot telah menerbitkan riwayat hidupnya. Dan Musa Al-Munaini telah menerbitkan buku yang sama dengan judul "Munaqib Syekh Abdul Qadir Al-Jailani".

Thariqat
 yang dipimpinnya dinamakan "Thariqat Qadariah". Di antara keramatnya menurut "Jami’u Karamatil Aulia" adalah sebagai berikut:


1. As-Siraj meriwayatkan bahawa pada suatu hari dalam tahun 521 H, Syeikh Abu Hassan bin Tamim bin Ahmad Al-Baghdadi, seorang pedagang, telah menemui Syeikh Hammad Ad-Dabbas, seraya mengatakan bahawa ia telah menyiapkan suatu kafilah untuk membawa barang dagangan ke Syam, seharga 700 dinar.

Syeikh Hammad menegaskan : "Jika mengadakan perjalanan dalam tahun ini, niscaya anda akan mati terbunuh dan barang- barang daganganmu habis dirampok orang."

Syeikh Abu Muzhaffar gusar mendengarnya, Ia pun segera menemui Syeikh Abdul Qadir Jailani, memberitahu halnya. Waktu itu Syeikh Abdul Qadir masih muda remaja.

Abdul Qadir berkata: "Berangkatlah, insya Allah anda dalam keadaan selamat dan pulang nanti akan memperoleh keuntungan."

Abu Muzahaffar pun berangkatlah dan ternyata dagangannya laris dan laku dengan nilai 1000 dinar. Beruntung tiga ratus dinar.

Pada suatu hari Abu Muzhaffar singgah di sebuah tempat pemerahan susu, untuk sesuatu urusan. Dia terlupa, wang yang 1000 dinar itu tertinggal di situ, terletak di atas sebuah rak.

Setelah pulang, ia pun tidur beristirahat dan bermimpi beberapa orang Arab dalam satu kafilah, mengeroyoknya dan menganiayanya dengan lembing. Ketika tersentak, masih terasa sakitnya dan bekas darah jelas kelihatan dilehernya. Waktu itu dia teringat kepada wang 1000 dinar yang tertinggal tadi, lalu dicarinya kembali,. Ternyata wang itu didapatinya dalam keadaan utuh, tiada kurang satu sen pun.

Sesudah peristiwa itu, ia pun pulang ke Baghdad. Dalam perjalanan hatinya berkata "lebih baik berjumpa dahulu dengan Syeikh Hammad, kerana dia lebih tua, sedang Abdul Qadir masih muda walaupun ucapannya benar." la pun lalu menuju ke pekan, untuk menemuinya. Setelah berjumpa, Syeikh Hammad menyuruhnya supaya lebih dulu menemui Abdul Qadir, karena dia adalah orang yang dikasihi Allah dan telah mendoakannya sebanyak 17 kali, sehingga berkat doanya, ia telah diselamatkan Allah dari pembunuhan.

Mendengar petunjuk itu, ia pun pergi menemui Abdul Qadir. Dan setelah bertemu, Abdul Qadir lebih dahulu berkata: "
Menurut Syeikh Hammad 17 kali, tetapi sebenarnya aku mendoakanmu 17 kali dan 17 kali, sampai apa yang anda alami itu terjadi."

2. Imam Al-Yafi'i berkata : Diriwayatkan bahwa Syeikh Abdul Qadir pada suatu hari, meminta barang titipan kepada seorang yang menyimpannya, karena pemiliknya tidak dapat datang mengambilnya. Orang yang menyimpan barang itu menolak, tidak mau menyerahkannya seraya berkata : "Jika sekiranya aku meminta kepadamu dalam perkara seperti ini, tentu anda pun tidak akan mau memberikannya kepada orang yang tidak berhak menerimanya, karena anda bukan pemiliknya."

Tiada lama sesudah ucapan itu, tibalah sepucuk surat pemiliknya ketangannya, menyatakan supaya barang titipan itu diserahkan kepada Syeikh Abdul Qadir, untuk disalurkannya kepada fakir miskin.

Maka barang itu pun diserahkannya kepada Syeikh Abdul Qadir. Beliau mengecamnya sedangkan Allah telah merelakannya.


3. Imam Sya 'rani menyatakan bahwa di antara keramatnya, pada suatu hari is mengambil wudluk. Tiba-tiba seekor burung layang-layang mengencinginya dari atas. Ia pun menoleh ke atas dengan mengangkatkan kepalanya, maka seketika itu juga burung itu terjatuh dan mati. Pakaian yang kena najis itu pun di cucinya kemudian dijualnya dan harganya disedekahkannya.


4
. Setelah namanya makin terkenal ke seluruh dunia, maka pada suatu hari berkumpullah 100 orang alim-ulama dan cerdik pandai di Baghdad, hendak menguji ilmu pengetahuannya. Masing-masing telah menyiapkan sejumlah pertanyaan yang akan diajukan kepadanya. Setelah masing-masing mengambil tempat duduk, Syeikh Abdul Qadir diam menundukkan kepalanya, tiada bercakap sepatah pun. Tiba-tiba memancar cahaya sekilas dari dadanya, menembus ke dada hadirin, sehinggn semua pertanyaan.yang akan diajukan tadi, terhapus hilang lenyap dari dada masing-masing. Suasana majlis itu menjadi kalang-kabut, karena mereka menjerit jerit, sambil mengoyak ngoyak baju dan membuangkan kopiah.

Sesudah itu, beliau pun duduk di atas sebuah kursi, siap untuk menjawab semua pertanyaan. Ternyata tiada satu. pun pertan yaan yang dapat diajukan. Dan setelah menyaksikan kenyataan itu, semua hadirin tunduk mengakui kebesaran dan ketinggian ilmu beliau.


5Abu Al-Fatah Al-Harawi berkata : "Saya pernah menjadi pelayan Syeikh Abdul Qadir selama 40 tahun. Kulihat dia shalat subuh dengan wuduk isyak. Setiap batal, digantinya dengan wuduk baru, kemudian shalat dua rakaat. Selesai shalat isyak, beliau masuk ke ruangan khalwatnya, tiada seorang pun diperkenankan menemuinya. Dia baru keluar dari situ ketika terbit fajar."
6. Kata Al-Harawi lagi : "Pada suatu malam, aku menginap dirumahnya. Pada awal malam; kulihat dia shalat sekejap kemudian berdzikir sampai sepertiga malam pertama, lalu mengucapkan:
"Tuhanlah yang meliputi yang empunya, yang menyaksikan, yang memperhitungkan, yang berbuat, yang amat menciptai, yang mencipta, yang melepaskan, yang menggambarka"

Sesudah mengucapkan kalimat itu, kulihat tubuhnya beransur-ansur kecil kemudian membesar, sesudah itu naik ke udara, sampai lenyap dari pemandanganku.

Pada bahagian kedua dari malam, beliau shalat dan membaca Qur'an sampai pada bahagian ketiga malam. Sujudnya lama sekali, kemudian duduk tafakkur, bertawajjuh menghadap Allah sampai menjelang terbit fajar. Sesudah itu mendoa dengan rendah hati dan tawaduk. Kulihat cahaya mengelilinginya, sampai hilang dari pemandangan.

Kudengar disisinya suara yang mengucapkan: "Salamun 'alaikum, salamun 'alaikum".Dia menjawab salam itu sampai ke luar untuk mengerjakan shalat subuh.


7. Di antara keramatnya, beliau pernah menyatakan bahwa pada suatu hari, ia bertemu dengan Nabi Khidir. Beliau tidak mengenalnya. Nabi Khidir membuat syarat, bahwa beliau tidak boleh menyalahi perintahnya.

Nabi Khidir berkata kepadaku : "Duduk di sini!" Aku pun duduklah di tempat yang ditunjuknya itu selama tiga tahun. Setahun sekali dia datang dan memerintahkan supaya aku tetap duduk di tempat itu sampai dia datang pula pada kali yang lain."

Selanjutnya Syeikh Abdul Qadir menyatakan : "
Aku pernah tinggal dicelah-celah puing kota Madain, untuk beribadah dengan sungguh-sungguh. Aku memakan anggur yang diperah dan tidak minum. Kemudian setahun aku minum air tidak memakan anggur. Dan pada tahun berikutnya aku tidak makan dan tidak minum dan tidak tidur.

Pada suatu malam yang amat dingin, aku tertidur dan bermimpi bersetubuh. Aku pun mandi wajib. Kemudian tidur pula dan bermimpi lagi. Aku pun mandi pula. Kemudian tidur dan bermimpi lagi, dan mandi pula. Malam itu aku bermimpi bersetubuh sampai 40 kali dan mandi 40 kali.

Sesudah itu aku pun naik ke satu jenjang istana Kaisar, dengan harapan tidak akan tidur lagi. Aku pun fana, tenggelam dalam 1001 ilmu dan rahasia kebesaran Allah, sampai aku beristirahat dari dunia kamu in
 ."


8. Ibnu Al-Akhdlar berkata : "Pada suatu hari musim dingin, kami mengunjungi Syeikh Abdul Qadir. Walaupun cuaca amat dingin, beliau hanya memakai sehelai baju dan kopiah. Keringat membahasi seluruh tubuhnya. Beberapa orang mengipas-ngipasnya. Keadaannya seperti berada di musim panas yang amat sangat."


9. Beliau pernah menceritakan halnya, dengan berkata : "Aku pernah mengembara selama 25 tahun ke berbagai negara Selama dalam perjalanan aku hanya memakan tumbuh-tumbuhan dan meminum air sungai. Dan dapat menahan diri tidak minum selama setahun. Allah mengurniaiku kata-kata "kun" (jadilah). Apabila kata "kun" itu ku ucapkan, maka apa yang aku ingini, tercapai. Ku dapati hidangan yang tersedia, maka aku pun memakannya dengan sepuas-puasnya. Dengan "kun" itu, gunung bisa ku belah menjadi kue, lalu ku makan. Pasir bisa menjadi gula, ku taruhkan pasir itu dalam gelas, dan ku tuangkan air laut ke dalamnya, lalu ku minum. Semuanya sudah ku tinggalkan, kerana malu kepada Allah."


10. AI-Manawi berkata : "Di antara keramatnya, ketika masih bayi, tidak mau menyusu kepada ibunya, pada siang Ramadhan. Orang banyak yang ingin mengetahui awal bulan, bertanya kepalanya. Dan seumur hidupnya, lalat tidak pernah menjatuhkan kotoran kepadanya."


11. Pada suatu hari, seorang wanita menyerahkan anaknya kepada beliau untuk dididik, dengan mengatakan : "Aku perhatikan, anakku ini sangat tertarik kepada tuan. Sekarang, dia ku serahkan kepada tuan."

Beliau pun menerimanya dengan segala senang hati, dan mendidiknya dengan sungguh-sungguh mengamalkan thariqat ini. Beberapa waktu kemudian, ibunya datang menjenguk. Dilihatnya badan anaknya kurus-kering, mukanya pucat, akibat kurang makan dan tidur. Ia hanya memakan sepotong roti dari tepung gandum.

la sangat kasihan dan sedih melihat keadaan anaknya, lalu segera menemui Syekh Abdul Qadir. Dilihatnya beliau sedang memakan daging ayam. Lantas ia pun berkata : "Wahai tuan, anda memakan ayam, sedangkan anakku memakan roti?"

Beliau pun meletakkan tangannya ke tulang-tulang ayam itu seraya berkata : "Bangkitlah dengan idzin Allah!" Maka ayam itu pun bangkit, hidup kembali sebagaimana semula.

Sesudah itu, beliau pun berkata : "Nah, apabila anakmu itu sudah bisa berbuat seperti ini, maka dia bolehlah memakan apa saja yang disukainya."


12. Pada suatu hari seekor burung elang terbang di atas majlis Syekh Abdul Qadir. Burung itu berkicau dengan kuatnya, sehingga mengganggu hadirin. Beliau pun berkata: "Wahai angin, ambil kepala burung itu." Maka burung itu pun terjatuh ke tanah, kepalanya terpisah dari tubuhnya, masing-masing tercampak ke satu sudut. Beliau pun turun dari atas kerusinya, mengambil bangkai burung tadi dan mengusap-ngusapnya, dengan mengucapkan "bismillahir rahmanir rahim". Seketika itu juga burung itu hidup kembali.


13. Keramatnya yang lain menurut suatu riwayat, pada suatu hari tiga orang pekerja naik kuda melintasi beliau. Mereka membawa sejumlah minuman keras untuk Raja.

Syeikh Abdul Qadir menyuruh mereka supaya berhenti, tetapi mereka tidak memperdulikannya. Lantas beliau memerintahkan kepada kuda yang membawa mereka, supaya berhenti. Kuda itu pun berhenti, dan Syeikh Abdul Qadir mengambil minum keras itu dan menahan mereka. Mereka merasa kecut dan cemas. Syeikh Abdul Qadir menyatakan, arak itu sudah menjadi cuka. Maka mereka pun membukanya, ternyata apa yang dikatakan beliau itu, benar dan tepat.


14. Pada suatu hari beberapa orang wanita yang menentangnya, datang mengunjungi Syeikh Abdul Qadir, dengan membawa dua buah peti yang berkunci rapat. Mereka berkata : "Cuba teka apa isi peti ini."

Beliau berkata : "Didalamnya ada seorang bayi sedang duduk."

Ketika peti dibuka, ternyata apa yang dikatakan beliau itu adalah benar. Kemudian wanita-wanita itu menunjuk ke peti yang sebuah lagi, menanyakan apa pula isinya.

Syeikh Abdul Qadir menjawab : "Isinya, seorang bayi yang sehat, tidak terkena penyakit sampar." Ketika di buka, ternyata benar didalamnya seorang bayi yang sehat segar-bugar. Beliau memegang ubun-ubunnya, seraya berkata: "Duduklah." Maka bayi mungil itu pun duduk. Melihat kenyataan ini, maka mereka pun tobat, minta ampun, tidak mau lagi melawannya. Tiga orang di antara hadirin ketika itu mati.


15. Seorang laki-laki dari Baghdad menemuinya seraya berkata "Anak perempuanku telah disambar jin." Syeikh Abdul Qadir menyuruhnya pergi ke suatu tempat, dan supaya melingkari tempat itu dengan tulisan "bismillah 'ala niati Abdul Qadir". Orang itu pun melakukan semua itu. Maka sejumlah jin berdatangan melintasi lingkaran sampai Raja mereka tiba. Raja jin itu tegak di pinggir garis lingkaran tadi, seraya bertanya "Apa keperluanmu?"

Laki-laki itu pun menerangkan tentang anak perempuannya disambar jin tadi. Ketika itu juga Raja jin, menghadapkan si penyambar tadi kehadapannya dengan memukul pundaknya.Orang itu pun berkata kepada Raja jin : "Aku belum pernah melihat kepatuhan orang kepada Syeikh Abdul Qadir, seperti kepatuhanmu ini."

Raja jin itu pun menjawab : "Benar, dia melihat keadaan kami dari rumahnya, walaupun kami tinggal di ujung bumi. Mereka berlarian daripadanya karena kehebatannya."


16. Keramatnya yang lain, pada suatu hari beberapa sahabatnya menghadap beliau. Seorang diantaranya tak bisa buang air kecil. Akibatnya dia gelisah menahannya, sehingga mempengaruhi sikap dan gerak-geriknya. Dia menoleh kepada Syeikh Abdul Qadir, seolah-olah minta tolong. Beliau pun turun dari atas tempat duduknya, berhenti di satu tingkatan. Tiba-tiba muncul di atas kepalanya sebuah kepala manusia, seperti kepalanya. Kemudian turun ke satu tingkat lagi, maka muncul pula sebuah kepala yang sama. Kemudian turun ke tingkat bawah, muncul pula dua pundak dan dada. Setiap turun muncul sesuatu, akhirnya nampaklah duduk di atas kursi itu seorang laki-laki yang menyerupainya. Dia bercakap-cakap seperti percakapan Syeikh Abdul Qadir.

Beliau pun bangkit lalu menutupi wajah laki-laki itu dengan lengan bajunya. Tiba-tiba saja orang itu sudah berada di suatu padang pasir, di situ terdapat sebuah sungai dan ditepinya tumbuh sepohon kayu. Dalam keadaan seperti itu, hilanglah penyakit yang dialaminya. Ia pun mengambil wuduk di sungai tadi kemudian shalat. Tatkala memberi salam, Syeikh Abdul Qadir membuangkan tutup kepalanya. Tiba-tiba saja dia sudah berada kembali di majlis itu, sedangkan beliau duduk di atas kursi seperti semula.

Keramat beliau cukup banyak dan sudah tersiar luas. Beliau wafat pada tahun 561 H.
KERAMAT BEBERAPA WALI

Imam Sya fi'i
Nama lengkapnya Abu Abdullah bin Idris As-Syafi'i Al-Muththalibi Al-Quraisyi. Lahir di Ghazza, Palestina pada tahun 150 H., tempat wafat Hasyim nenekanda Rasulullah SAW. Ketika masih anak-anak, ayahnya meninggal dunia. Ia diasuh oleh ibunya. Kehidupannya sangat sulit. Ketika berumur 2 tahun dibawa ke Mekkah dan belajar di sana. Ia rajin belajar dan cerdas. Semua ilmu yang diperolehnya dicatatnya pada tulang-tulang hingga penuh satu ruangan. Umur 7 tahun telah hafal Qur'an, umur 10 tahun hafal kitab hadis 'Al-Muwaththa" karangan Imam Malik, dan umur 15 tahun telah diizinkan memberi fatwa.

Di antara gurunya di Mekkah, Soufyan bin Uyainah dan mufti Muslim bin Khalid Az-Zanji. Umur 20 tahun pindah ke Madinah, memperdalam ilmunya dengan belajar kepada Imam Malik. Kemudian berangkat ke Irak, menemui sahabat-sahabat Abu Hanifah dan mengambil ilmu dari mereka. Mengadakan perjalanan ke Parsi, Irak bahagian Utara dan berbagai negara. Sesudah dua tahun mengembara, menetap di Madinah selama dua tahun, yakni tahun 172-174 H. Dari perjalanan ini, ilmu pengetahuan dan pengalamannya bertambah, terutama mengenai masalah kehidupan dan tabiat manusia.

Pada 195. H, pindah ke Baghdad, mengajar dan mengarang beberapa kitab. Selama dua tahun di situ, banyak orang berpindah mazhab kepadanya. Pendapatnya selama di Baghdad dinamakan dengan"Qaul Qadim" (pendapat lama).

Belakangan pindah ke Mekah dan sesudah dua tahun di situ, pada tahun 198, kembali menetap di Baghdad, kemudian ke Mesir dan memperdalam ilmunya di perguruan tinggi Al-Azhar, Kairo. Pendapat dan fatwanya selama di Mesir dinamakan "Qaul Jadid"(pendapat baru).

Beberapa alim-ulama menuangkan buah pikirannya dalani berbagai kitab pengetahuan. Di antara yang terkenal mengutip ilmunya, adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam, Abu Ibrahim Ismail dan Ar-Rabi'. Demikian pula belajar kepadanya Asyhab dan Ibnu Qasim dari sahabat Malik.

Syafi'i adalah scorang imam mujtahid yang banyak diikuti alimulama, Wali yang saleh, seorang suku Quraisy yang amat dalam ilmu pengetahuannya, terutama mengenai hadis.

Dialah yang dimaksud Rasulullah SAW dengan sabdanya:"Dialah orang alim dari suku Quraisy yang ilmunya memenuhi seluruh tingkatan bumi."

Ia pernah melihat Nabi SAW dan beliau memberinya sebuah neraca. Peristiwa ini ditafsirkan orang bahwa mazhabnya adalah paling adil di antara semua mazhab, dan lebih sesuai dengan Sunnah.Syafi'i pernah berkata : "Saya tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan, menumpulkan otak, membawa kepada tidur dan melemahkan kemauan untuk beribadah. Saya tidak pernah bersumpah seumur hidup, baik untuk kebenaran maupun tidak."

Ditanya orang beberapa masalah, kadang-kadang beliau diam, tidak berkata sepatah pun. Dan ketika ditanya orang, kenapa diam, Syafi'i menjawab: "Aku diam sampai aku tahu mana yang lebih baik diam atau bercakap." Doanya makbul, dan tidak pernah diketahui orang bahwa ia tidak pernah membuat dosa kecil ataupun besar.

Satu hal yang luar biasa yang tidak dimiliki mujtahid lain, ialah kebijakannya mengambil dalil hukum dan komentarnya tentang qaul jadid.

Beliau wafat pada waktu.Asar, hari Jum'at bulan Rajab 204 H, dan dikebumikan di Qarafah.Beberapa tahun kemudian, orang ingin hendak memindahkan jenazahnya ke Baghdad. Tetapi ketika kuburannya di bongkar, terciumlah bau yang harum dari dalamnya, sehingga pemindahan jenazahnya itu dibatalkan.Diantara keramatnya, beberapa saat lagi akan wafat, banyak sahabatnya yang menjenguk. Kepada sahabatnya itu: Syafi'i berkata: "Anda, wahai Abu Ya'kub, anda akan mati di Mesir, dan anda wahai Ibnu Al Hakam, kembalilah ke mazhab ayahmu dan anda wahai Rabi’, paling bermanfaat dalam menyebar luaskan kitab-kitabku. Bangkitlah wahai Abu Ya’kub."Sesudah itu, ia pun berdiri menyalami seorang demi seorang, kemudian ia pun wafatlah dengan tenangnya.

Ahad, 24 Februari 2013

10 WASIAT RASULLAH KEPADA PUTRINYA


Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.

1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.


2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.


4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.


5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.


6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.


7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.


8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.


9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.


10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.

Tauladan Rasullah s.a.w


Suatu ketika Rasulullah S.A.W dlm perjalanan utk menunaikan solat lalu baginda S.A.W ternampak satu kumpulan org yang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah S.A.W bersabda " Sekranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadan yg saya lihat ini"

"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur menyeru " Aku ialah kubur kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan ulat2 ".

Apabila seorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur, maka kubur akan berkata " Kedatangan kamu dialu2kan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Drpada kalangan manusia yangberjalan di atas muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku "

Slepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian daripada syurga secara berterusan.

Apabila org yg berdosa dimasukkan, kubur itu akan berkata " Tiada kata-kata aluan utk kedatanganmu. Sangat jelek kdtganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di muka bumi ini engkaulah yg paling aku benci. Hari ini kau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku "

Selepas itu kubur akan menghimpit sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atasbumi, maka sehelai rumput puntidak akan tertinggal. Ular itu akan terus mematuk org tersebut sehingga kiamat. Selepas itu Rasulullah S.A.W bersabda " Kubur merupakan satu kebun daripada kebun2 syurga ataupun satu lembah daripada lembah-lembah neraka (Misykat) "

Penemuan kitab injil berusia 1,500 Tahun Di Turki








BERITA GEMPAR......!!!!...TAMPARAN HEBAT UNTUK PADERI..PENDITA...DAN PENGANUT KRISTIAN MASYAALLAH...SUBHANALLAH......BERTAMBAH IMANKU....TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH

Penemuan Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Di Turki

Di Ankara Turki Kitab Injil 1,500 tahun ditemui, ia menggemparkan Vaticankerana isi didalam nya membenarkan apa yang Alquran telah bawa, lebih1500 tahun dahulu. Termasuk ramalan didalam kitab injil tersebut akan kedatanganNabi saw Vatican mengarahkan jangan disebarkan ssbelum vatican melihat nya dahulu.

Petikan dari Turkish News: www.turkishnews.com
Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injilyang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turkidi Ankara, Turki.

Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripadaInjil asal.
Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan.

Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Akhbar Berita harian melaporkan kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injilyang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turki di Ankara, Turki.

Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripada Injil asal. Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunanNabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialahInjil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Lukedan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.


Injil Barnabas Berusia lebih 1500 tahun, Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemuiTurki ketika operasi anti penyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

Petikan dari Daily Mail:

Mereka pula berkata mendakwa bahawa bible yang meramalkan kedatanganMuhammad, tetapi ia tidak benar. Ini adalah kepercayaan lama yang berabad-abad, konspirasi teori oleh orang Islam

Petikan dari Macedonian Truth Forum: www.macedoniantruth.org

Terdapat biara di Turki utara Cyprus yang dipanggil sebagai biara St Barnabassebagai Rasul, yang diasaskan oleh sendiri dan didakwa mengandungi kuburnya.
Kira-kira 20 tahun yang lalu, biara ini telah dirompak oleh kumpulan yang tidak diketahui orang. Mereka digali `s lantai, dinding pada waktu malam.
Ia adalah tidak diketahui apa yang mereka ketemui dan jika mereka mencuri sesuatu yang dikebumikan di dalam ia dinding.

Seorang wartawan di Cyprus mendakwa bahawa mereka telah menemui satu salinan Injil yang sangat kontroversi St Barnabas dalam dan mencurinya
.
Kemudian manakala wartawan ini telah menyiasat isu itu, beliau telah ditembak mati.

Dari wikipedia:

Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali.

Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi . Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik Markus. Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian.

Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Laut Mediterranean pada zamanMaharaja Zeno ( 478 m). Satu salinan Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas .

Injil ini popular dalam kalangan orang Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan Triniti.

Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16

sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen.

“Vatican telah didakwa mengeluarkan permintaan rasmi untuk memeriksa Alkitab yang berusia 1,500 tahun yang telah diadakan di Turki selama 12 tahun yang lalu,
http://www.huffingtonpost.com/

Injil rahsia ini di mana Isa dipercayai untuk meramalkan kedatangan Nabi Muhammad ke Bumi telah mencetuskan minat yang serius dari Vatican. Pope Benedict XVI didakwa mahu melihat buku yang berusia 1,500 tahun, yang bersuara banyak Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh kerajaan Turki untuk 12 tahun yang lalu.
http://www.dailymail.co.uk/

Maka benarlah firman Allah:
 
Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam". Katakanlah (wahai Muhammad): (Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Mariam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya? Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 
Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya. Katakanlah (wahai Muhammad): (Kalau betul demikian), maka mengapakah Dia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dan kepada Allah jualah tempat kembali.
 
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (Rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu



Di susun oleh sasayapon.blogger...

kucing merah hanya ada di borneo





KEPULAUAN Borneo terkenal dengan keunikan alam semula jadinya yang tersendiri. Sabah dan  Sarawak bukan sahaja masyhur dengan kepelbagaian etnik dan budaya, malahan menjadi tumpuan dunia melalui kepelbagaian biodiversitinya.
Terdapat lapan spesies kucing liar yang dikenal pasti di seluruh Malaysia dan lima daripadanya boleh didapati di Borneo, iaitu kucing batu (Prionailurus bengalensis), kucing hutan-tasik (Prionailurus planiceps), kucing dahan (Pardofelis marmorata), kucing merah (Catopuma badia) dan harimau dahan borneo (Nefelis diardi). Di Kepulauan Borneo, tidak terdapat spesies kucing liar yang besar seperti harimau dahan atau harimau kumbang (Panthera pardus) dan harimau belang (Panthera tigris). Namun fosil harimau belang pernah ditemui di Gua Niah, Sarawak.
_